Ads Banner

>

Jumaat, 19 Disember 2014

Apa Yang Perlu Ada Pada Resume


  • Pengenalan (Heading) – mengandungi maklumat ringkas tentang diri anda. Bahagian ini mengandungi nama, alamat, nombor telefon terkini dan alamat e-mel anda. 
  • Pendidikan dan Latihan (Education and Training) – mengandungi maklumat di mana anda belajar serta pencapaian anda dalam penilaian utama seperti SPM, PMR dan lain-lain. Tulis bilangan subjek yang mendapat A dan B sahaja, selain daripada itu tidak perlu. Jika anda pernah mengikuti latihan yang boleh meningkatkan kredibiliti diri anda, sertakan maklumatnya sekali. 
  • Aktiviti dan Penglibatan (Activities and Involvement) – mengandungi maklumat keahlian anda dalam persatuan, kelab dan jawatan yang anda duduki seperti ketua kelas, pengawas, pembimbing rakan sebaya dan lain-lain. 
  • Pencapaian (Achievement) – mengandungi pencapaian anda dalam bidang selain akademik seperti sukan, pertandingan berbentuk ilmiah seperti debat, pidato, syarahan, forum atau lain-lain. Ini meliputi peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi daripada itu. 
  • Sumbangan Komuniti dan Pengalaman Kerja (Community Service and Working Experience) – selain daripada terlibat dengan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, anda juga mungkin aktif memberikan sumbangan di luar sekolah. Sertakan maklumat ini. Dalam bahagian ini juga anda digalakkan menyatakan pengalaman kerja anda. Tidak semestinya pengalaman ini berbentuk kerja yang berbayar. Jika anda terlibat membantu perniagaan kecil-kecilan keluarga anda, ianya juga boleh disertakan. 
  • Rujukan (Reference) – adalah lebih baik jika anda boleh sertakan sekurang-kurangnya satu nama individu profesional seperti guru kelas, kaunselor atau majikan (jika ada) di akhir resume. Ini menambah nilai kepada resume anda. Pastikan nama yang akan sertakan sudah mengetahui bahawa namanya tertera di dalam resume anda. Jika tidak, maklumkan pada beliau. Nama rujukan ini mungkin akan dihubungi untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan diri anda. 
Maklumat Lanjut Klik Sini => Rahsia Resume Superstar Dibongkar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan