1.PERKENAL DIRI PENULIS BLOG INI.
Bismilah
Penulis ingin memperkenalkan diri penulis terlebih dahulu. Nama penulis
adalah Muhammad Nazli Ibnu Hamzah Ibnu Yosuff itu je yang penulis tahu.
Kemudian penulis berasal dari ketereh kota bharu Kelantan.
Penulis mempunyi lapan orang adik beradik yang amat penulis hormati dan
kasihi. Penulis adalah anak ke lapan dari lapan orang suadara dan saudari,tiga daripadanya
adalah kakak dan empat orang abang yang
gagah perkasa.
Alhamduliah kakak dan abang penulis semua telahpun mendirikan
rumahtangga, serta cahaya mata.
2. LATABELAKANG PENDIDIKAN PENULIS.
Kemudian penulis ingin ceritakan tentang latarbelakang pendidikan
penulis. Penulis mula mendapat pendidikan tidak formal dari kedua ibu bapa
penulis, kemudian penulis telah didaftarkan oleh ayah penulis ke sebuah sekolah
rendah berhampiran dengan kampung penulis iaitu sekolah rendah beta hulu. emmm
penah dengar tak nama sekolah itu?.
Disekolah ini terlalu banyak kenang pahit
dan manis untuk dikenangkan.
Seronok berada alam persekolahan, terutama semasa di alam kanak-kanak iaitu sekolah rendah. Hidup penulis pada masa
itu adalah belajar dan bermain sahaja tahu. Almaklumlah kita mula masih kanak
kanak kemudian jumpa pulak dengan ramai kawan baru. Rindu sangat saat itu.
Penulis rasa nak je berada di alam itu sampai bila-bila seronokkan . Insaa
Allah ada kesempatan penulis akan detialkan apa yang berlaku semasa tersebut
ditulisan yang lain.
Kemudian, selapas tamat enam tahun belajar dan telah memduduki UPSR di
sekolah itu. Penulis meneruskan pembelajaran penulis ke sekolah menegeh pulak.
Nama sekolah menegah yang penulis belajar itu sangat unik bagi penulis, iaitu
sekolah menegeh Dewan Beta.
Kenapa penulis katakan ia unit kerana perkataan
“Dewan “ itu menujukkan sesuatu tempat yang sangat besar bukan, manakala
perkataan untuk “Beta” biasanya digunakan untuk kata gantinama golongan Diraja.
Selepas tamat tingkatan lima (SPM) penulis diberi perluang untuk terus menyambung
lagi pengajian diperingkat yang lebih tinggi. Agak –agak kemana selepas itu penulis belajar ?
Betul tu, penulis telah mendapat tawaran di IPTA awam dan swsta. Tetapi
setelah diteliti dengan mendalam dan minat penulis dalam bidang teknikal
penulis telah memilih untuk belajar di politeknik.
Di politeknik penulis telah
memilih bidang kejuruteraan mekanikal asas sebagai bidang pengajian di
politeknik kota bharu dan kemudian meneruskan pula ke politeknik port Dickson
keperingkat lebih tinggi.
3. PERKERJAAN PENULIS
Setelah tamat pengajian dikedua-dua politeknik tersebut, bermulalah
hidup baru penulis sebagai perkerja atau “jurutera” bangga penulis dengan
perkataan itu. Kerana tugas sebagai jurutera ini yang melibatkan penyelesian
masalah manusia dalam kehidupan harian.
Itulah pengertian yang di ajak oleh
pensyarah penulis semasa disana. Tempat kerja penulis yang pertama adalah disebut kilang pembuatan, yang
terletak di selayang baru, Selangor darul ehsen. Dengan gaji yang cukup
lumayang dan kos sara hidup tidak tinggi sangat dapat hidup dengan selesa
disana.
Suasana kerja serta rakan kerja yang banyak memudahkan segala urusan
kerja disana. Setelah lama berkerja disana, penulis telah mendapat tawaran
kerja yang lebih menyoronokan lagi disebuah sector pembinaan.
Penulis sangat teruja dengan
tawaran tersebut dimana tempat akan penulis bertugas adalah negeri kelahiran
penulis sendiri. Disini penulis diamanahkan bertugas sebagai penyelia dan
pengurusan sesebuah projek yang di laksanakan oleh syarikat kontratok tempat
penulis bertugas.
4. HOBI DAN MINAT PENULIS
Kemudian kita bercerita pula tentang hobi penulis dimasa lapang. Kalau
diingatkan semasa sekolah hobi penulis meminati memancing kerana pada masa itu banyak tempat
yang mudah dan senang untuk pergi memancing dengan percuma sahaja.
Dengan
peralihan zaman dan waktu kerja yang tidak menentu penulis beralih ke hobi
membaca dan menulis kerana ia sangat seronok dan dapat tambah ilmu pengetahuan.
Jenis buku yang penulis suka membaca adalah teknologi, teknikal, perniagan,
politik, pengembaraan dan agama.
5. WAWASAN PENULIS
Apa wawasan tuan-puan pembaca blog ini ? semua kita dilahirkan mempunyi
wawasan atau cita-cita atau impian. Wawasan penulis adalah untuk mendapat reda
Allah disetiap kerja atau amalan yang penulis lakukan kerana setiap kita ingin mendapat
redha Allah dengan redha Allah kita ingin kesyurga Allah dan kita semua tak nak
masuk neraka Allah tempat paling dahsyat digambarkan dalam al-Quran.
Selain itu, wawasan penulis adalah ingin menulis seberapa banyak
aktikel,rencana, ebook dan buku tentang kebaikan yang boleh dikongsikan dengan
pembaca semua. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amiin.
6. MISI PENULIS UNTUK BLOG INI.
Misi dan visi penulis untuk blog
ini adalah, penulis ingin kongsi dengan anda pembaca blog ini seberapa banyak ilmu, produk- produk, teknik-teknik atau
panduan yang boleh membantu menyelesaian masalah pembaca dalam segala urusan
kerja mahupun urusan harian pembaca semua.
Penulis akan cuba seberapa cara
terbaik untuk memenuhi keperluan pembaca. Takbir!!!
7. PENUTUP
Semoga apa yang telah tulis dan dimpikan oleh penulis dalam tulisan ini
akan memberi semagat dan iqtizam untuk penulis menulis lagi banyak tentang
cerita bahan-bahan yang menarik untuk dikongksikan dengan pembaca semua. Semoga
allah memudahkan segala urusan penulis dan pembaca semua.
Diakhir kala, segala apa yang telah penulis sampaikan tadi semoga member
kebaikan dan manfaat untuk semua. Kita semua datang dari Allah kemudian kepada
allah juan kita kembali. Mohon maaf di atas kesilapan atau terkasa bahasa dalam
penulisan ini.
**p/s untuk sebarang perkongsian maklumat boleh emailkan kepada penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan