Apa yang saya ingin sampaikan ialah Menulislah dan Dapatkan Duit Dengannya!!
Anda tidak perlu bersusah payah untuk menghadiri temuduga sebagai penyanyi rancangan realiti untuk menjadi terkenal. Penulisan tidak memerlukan bakat tetapi latihan. Dengan berlatih menulis, anda boleh menjadi seorang penulis yang hebat!
Saya berlatih dengan menulis sedikit demi sedikit. Dengan artikel yang pendek, ia semakin panjang. Caranya, saya mencabar diri untuk menulis lebih panjang setiap kali. Anda boleh menulis perkara yang mudah terlebih dahulu untuk menaikan motivasi diri.
Bonus lain ialah anda dibayar untuk penulisan yang anda buat! Ianya boleh diwarisi oleh waris anda walaupun anda telah meninggal dunia. Ya! Inilah perkara yang tidak diketahui oleh ramai orang. Royalti daripada penulisan buku boleh diwariskan kepada ahli keluarga anda.
Jadi anda meninggalkan royalti selama 50 tahun untuk keluarga anda walaupun anda sudah tiada lagi. Selagi buku anda dijual dipasaran.Selagi itulah keluarga anda akan menerima hasil daripada usaha yang anda lakukan sekarang.
Sudah ramai penulis mencipta nama sebagai pakar dan terkenal. Malah mereka menjadi rujukan jika sebarang isu berlaku berkaitan dengan bidang yang ditulis. Begitulah pengaruh yang diperolehi oleh mereka yang menjadi penulis buku.
Bukan itu sahaja, ramai diantara penulis kini menjadi "trainer profesional" kesan daripada buku-buku yang diterbitkan. Anda pasti mengenali Dr. Fadzilah Kamsah, Dr.Asmadi, Dr. H.M Tuah dan ramai lagi penulis mencipta nama setelah buku buku mereka diterbitkan.
Ia adalah satu "booster" kepada kerjaya dan peluang kepada sumber "buat duit" yang lain.
Kerjaya ini boleh dilakukan samada sepenuh masa atau secara separuh masa. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.
Apa yang perlu anda ada ialah sebuah komputer dan talian internet. Itu sahaja keperluan yang diperlukan oleh seorang penulis. Ia sudah ada di setiap rumah di Malaysia pada hari ini.
Links Buat Duit Dengan Menulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan