Mereka mencipta FENOMENA melalui PENULISAN...
Jutawan Azizi Ali yang sangat terkenal sebagai Jutawan Hartanah mahupun Jutawan Kewangan itu sebelum dikenali ramai serta sebelum beliau membina nama di pasaran beliau menggunakan kaedah penulisan supaya pasaran mengenali beliau.
Pada mulanya beliau menulis artikel-artikel yang beliau hantarkan di salah sebuah surat khabar arus perdana tempatan. Dari situ beliau telah mula membina kredibiliti dan mencipta pengikut-pengikut beliau sendiri.
Sehinggalah kini beliau bukan setakat seorang Jutawan malah menjadi jurulatih kepada mereka-mereka yang ingin menjadi jutawan seperti beliau.
Jutawan Internet Irfan Khairi nama yang tidak boleh dipisahkan dengan Jutawan Internet. Walaupun beliau mampu mencapai tahap jutawan melalui perniagaan internet beliau namun pada awalnya beliau tidak dikenali di pasaran.
Selepas beliau menulis buku ”Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali dan semakin banyak jemputan-jemputan dari pelbagai golongan serta agensi.
Bukan setakat penjanaan wang beliau bertambah malah buku beliau tersebut yang merupakan buku BEST-SELLER mencipta fenomena serta permulaan berkembangnya perniagaan internet di Malaysia juga lahirnya insan-insan yang berjaya dalam perniagaan internet.
Ini dua tokoh yang sempat saya kongsikan bagaimana hasil penulisan bukan sahaja mampu membina kredibiliti serta jenama pada mereka di pasaran malah memberi impak kepada industri mereka masing-masing.
Klik Link ini Buat Duit Dengan Menulis
p/s – Penulisan sememangnya mampu membina nama serta kekayaan dengan segera namun anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan